Selasa, 31 Julai 2012

Dua Menjadi Satu

Dicatat oleh Aminatul Ahmad di 10:04 PG

Saudagar Hasyim memiliki harta dan wang yang banyak.Dia sering melakukan kebaikan dengan membantu mereka yang berada dalam kesusahan.

Suatu hari,Saudagar Hasyim berjalan-jalan di pekan.Dia terlihat seorang yang sedang duduk bersendirian sambil muluknya terkomat-kamit.Saudagar Hasyim menghampiri wanita itu lalu memberi sedikit wang namun wanita itu menolaknya.

Wanita itu berkata,"Sekirannya hendak memberikan sesuatu,perlu ada kerja yang dilalukan oleh saya.Perlu setimpal dengan wang yang diberikan kepada saya".

Saudagar Hasyim pun berkata,"Kamu jadi pembantu saya bagi menguruskan hal-hal rumah tangga.Kamu membasuh pakaian,memasak,membantu isteri saya menjaga anak-anak dan sebagainya".

Wanita itu bersetuju lalu dia dibawa pulang.Di rumah Saudagar Hasyim,wanita melakukan semua kerja rumah dan membantu isteri Saudagar Hasyim menjaga anak-anaknya.Apabila tiba waktu makan,wanita itu sering menolak kerana katanya,"Saya sedang berpuasa".

Selepas semua penghuni tidur,wanita itu bangun semula dan terus bermunajat kepada Allah dan berzikir sehingga subuh.Perbuatannya itu tidak diketahui oleh Saudagar Hasyim sehinggalah suatu malam dia mahu mengambil minuman kerana kehausan.

Semasa melalui bilik pembantu rumahnya,dia mendengar orang yang sedang menangis lalu dia mengamatinya.Barulah dia menyedari pembantu rumahnya itu sedang berdoa kepada Allah meminta ampun dosa yang pernah dilakukannya.Tidak lama kemudian,suara wanita itu tidak kedengaran lagi.

Saudagar Hasyim bimbang sekiranya pembantunya itu sakit kerana sepanjang berada di rumah itu,wanita itu jarang menjamah makanan.Dia mengejutkan isterinya bagi melihat keadaan pembantunya itu.Isteri Saudagar Hasyim bangun lalu menguak sedikit pintu bilik pembantunya itu.Dia melihat pembantunya itu sedang khusyuk menunaikan solat.suami isteri itu mandapati wanita itu adalah tergolong di kalangan hamba Allah yang taat.

Pada keesokan harinya,Saudagar Hasyim memanggil pembantunya.Dia menghulurkan sejumlah wang sebagai upah untuk wanita itu kerana bekerja dengannya selama ini.Dia menyatakan,"Mulai saat ini kamu tidak perlu bekerja lagi.Kamu tidak layak menjadi pembantu di sini".

Wanita itu terkejut kerana dia bimbang kerjanya tidak memuaskan.Saudagar Hasyim menjelaskan,"Saya memberhentikan kamu kerana kamu adalah seorang yang mulia.Apabila kamu tidak menjadi pembantu sudah tentu kamu akan lebih khusyuk beribadat".

Wanita itu menangis.Lalu isteri Saudagar Hasyim bertanya,"Mengapa kamu menangis?".

Wanita itu menjelaskan,"Saya menangis kerana kini dua menjadi satu".

Saudagar Hasyim dan isterinya terpinga-pinga lalu meminta penjelasan apa yang dimaksudkan dua menjadi satu.

Wanita itu menjelaskan,"Kini saya mendapat satu pahala kerana beribadat kepada Allah sahaja.Sebelum ini,saya mendapat dua pahala.Satu kerana beribadat kepada Allah dan satu lagi kerana berbakti menjadi pembantu".

Barulah keduanya faham dan mereka menyatakan,"Pasti ganjaran Allah yang lebih besar akan diterima oleh kamu nanti".

Wanita itu terus meningalkan rumah Saudagar Hasyim tanpa mengambil upah kerana katanya dia berkerja ikhlas kerana Allah.Dia pasti ganjaran daripada Allah adalah lebih besar daripada ganjaran yang diterimanya di dunia ini.Saudagar Hasyim dan isterinya hanya memandang wanita itu berjalan pergi dan berdoa semoga wanita itu beroleh keredaan Allah dalam hidupnya.

- Aminatul Ahmad

Wallahu'alam....

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Aminatul Ahmad Copyright © 2012 Design by Antonia Sundrani Vinte e poucos