Di Kampung Dahlia,ada seorang pemotong rumput bernama Shakir,tinggal bersama ibunya yang sudah tua.
Mereka berjiran dengan peniaga kain yang kaya bernama Ahmad Ghulam.Dia seorang yang sombong dan tidak gemar bergaul dengan jiran tetangga.Bagi Ahmad,dia tidak layak bergaul dengan mereka yang tidak setaraf dengannya.Shakir pula seorang yang gemar bergaul dengan sesiapa sahaja.Dia juga sentiasa membantu jiran-jirannya dalam apa jua keadaan.
Suatu hari,ibu Shakir sakit kuat.Shakir merasakan ibunya perlu dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan.Namun dia tidak mempunyai yang cukup.Demi menyelamatkan ibunya,dia berhasrat hendak meminjam wang.Shakir berkata sendirian,"Ibuku sakit tenat dan perlu mendapatkan rawatan.Saya perlu meminjam wang!Tetapi...dengan siapa?"
Shakir berfikir sejenak.Akhirnya dia mendapat akal.Katanya,"Ahmad Ghulam!Saya perlu meminjam wang daripadanya untuk ibu".
Shakir pun pergi ke rumah Ahmad Ghulam.Sebaik tiba di pintu rumah Ahmad,dia memberi salam.Ahmad Ghulam muncul di hadapan pintu,mukanya bengis apabila melihat Shakir di hadapan rumahnya.Dia pun bertanya,"Mengapa kamu datang ke mari".
Shakir pun menjawab,"Saya mahu meminjam sedikit wang.Saya mahu membawa ibu ke hospital kerana sakit tenat".
Ahmad Ghulam bukan bersimpati malah mengherdik Shakir.Dia berkata,"Rumah saya bukan pusat kebajikan!Pergi dari sini!"
Shakir hanya mampu mendiam diri dan segera pulang.Apabila dia melihat ibunya sesak nafas,Shakir mendukung ibunya di belakangnya dan berjalan menuju ke hospital.Jiran-jiran yang melihat Shakir bersimpati lalu bersama-sama membantu Shakir.Ada diantara mereka yang meminjamkan kereta lembu bagi membawa Shakir dan ibunya ke hospital.Manakala yang lain,masing-masing mengumpulkan sedikit wang untuk diberikan kepada Shakir.Shakir berterima kasih kepada mereka yang banyak membantu dan membawa ibunya ke hospital.
Selang beberapa minggu,semasa Ahmad Ghulam pulang ke rumah,dia melihat bahagian dapurnya terbakar.Dia terus berteriak,"Tolong!Tolong!Rumah saya terbakar!Tolong!"Dia menjadi panik lalu mengambil air bagi memadamkan api yang semakin marak.
Shakir yang baru pulang dari kerja melihat rumah Ahmad Ghulam sedang dijilat api,dia terus membantu memadamkan api yang sedang marak.Kemudian,dia meminta bantuan jiran-jirannya yang lain.Dia pun berteriak,'Wahai jiran-jiranku yang mulia!Mari datang membantu!'
Disebabkan rasa hormat kepada Shakir,jiran tetangga yang lain turut membantu memadamkan kebakaran.Akhirnya api dapat dipadamkan.Ahmad Ghulam berasa malu dengan kejadian itu dan mula menyedari betapa pentingnya menghormati jiran serta membantu mereka.Ahmad Ghulam berkata,"Sikap saya selama ini memberi kesedaran kepada saya.Baru saya tahu yang hidup berjiran itu penting".
Shakir menjelaskan,"Ini sebahagian dari adab berjiran.Sebagai manusia,kita perlu membantu sesiapa sahaja dalam kesusahan tanpa mengira darjat".
Semenjak kejadian itu,Ahmad Ghulam menjadi jiran yang baik.Dia juga sering bergaul dengan jirannya yang lain.
Wallahu'alam....
0 ulasan:
Catat Ulasan