Rabu, 28 November 2012

Si Celik Dan Si Buta

Dicatat oleh Aminatul Ahmad di 9:08 PTG
   Di sebuah kampung  tinggal dua orang teman baik.Seorang bernama Muiz manakala seorang lagi bernama Muaz.Mereka tinggal bersama di sebuah pusat jagaan anak -anak yatim.Muaz adalah pemuda yang buta.

   Suatu hari Muiz mengajak temannya pergi ke pekan.Muiz berkata,"Wahai sahabatku,Muaz...Mari kita ke pekan.Saya dengar mereka mengadakan pesta keramaian di sana".

  Pada mulanya,Muaz enggan pergi kerana mahu mengayam rotan bagi dijadikan bakul.Muaz hanya menjawab,"Elok kamu sahaja yang pergi.Saya lebih senang menyiapkan bakul-bakul ini".


  Muaz cuba memujuk sahabatnya


  "Mari kita pergi bersama.Saya tidak sampai hati  mahu meninggalkan kamu seorang diri.Lagipun,kamu tidak pernah pergi ke pekan sepanjang kita tinggal di sini,"Pujuk Muiz lagi.

   Akhirnya Muaz akur dengan desakan teman baiknya itu.Muaz berkata,"Baiklah,saya akan mengikutimu.Tetapi kamu perlu berjanji,jangan tinggalkan saya seorang diri di sana".

   Muiz gembira kerana Muaz mengikutinya ke pekan.Kedua sahabat baik itu pun berjalan menuju ke pekan.Sampai di sana,ramai ramai pengunjung yang datang menyaksikan pelbagai acara yang diadakan.Muiz pun berkata kepada sahabatnya,"Banyaknya acara diadakan.Mari kita mencuba salah satu permainan".

   Muaz pun berkata,"Apa yang dapat saya lakukan???Bukankah kehadiran saya di sini kerana pelawaan kamu.Kita sudah sampai disini dan saya tidak perlu bermain apa-apa".

   Muiz merasakan kehadiran Muaz bersamanya membataskan pegerakkannya.Muiz berkata sambil merungut,"Baik  duduk di rumah sahaja!Datang ke sini pun tidak dapat bermain apa-apa!Nasib,nasib".

   Muaz dapat rasakan kehadirannya seakan-akan menyekat kemahuan sahabatnya itu.Muaz pun berkata,"Wahai sahabatku,sekirannya kamu mahu bermain,tinggalkan sahaja saya di sini".

   Muiz gembira dengan kata-kata sahabatnya itu.Dia berkata,"Baiklah kamu duduk disini ya".

   "Saya akan tunggu kamu di sini.Tetapi...jangan pergi terlalu lama".Muaz hanya akur

   Muiz bermain dengan gembira sehingga lupa akan sahabatnya yang menanti.

   Muaz berkata bersendirian,"Ke mana perginya Muiz  ini?Perut saya sudah lapar".

   Akhirnya,Muaz mengambil keputusan pulang ke rumah.Lalu dia berdoa,"Ya Allah!Semoga aku terhindar daripada segala bahaya".

   Selepas puas bermain,Muiz baru teringat kepada Muaz.Dia pergi ke tempat Muaz menunggu namun sahabatnya itu tidak kelihatan di situ.

   Muiz berkata sendirian,"Ke mana perginya Muaz ini???

   Muiz mencari sahabatnya itu di pesta keramaian itu namun gagal menemuinya.Akhirya dia pulang ke rumah dan mendapati sahabatnya itu berada di rumah.Muiz memarahi Muaz,"Bukankah saya suruh saya suruh kamu tunggu di bawah pokok!Puas saya mencari kamu di sana-sini!"Tengking Muiz.

   Muiz menambah lagi,"Kamu itu buta.Kalau apa-apa terjadi di jalan tadi...bagaimana???"

   Muaz pun menjawab dengan tenang,"Saya terlalu lama menanti di sana.Walaupun saya buta tetapi hati saya masih celik.Lagipun Allah pasti membantu hambanya".

   Muiz pun berkata,"Saya cuma mahu menikmati segala yang ada  di pesta keramaian itu!Saya tidak mahu hanya duduk sahaja.Orang buta macam kamu tidak akan tahu apa yang dilihat oleh orang yang celik!".

   Muaz hanya tersenyum.Lalu dia berkata,"Saya bersyukur kerana tidak dikurniakan kelebihan penglihatan.Mata yang melihat sesuatu yang tidak berfaedah hanya menambah kan dosa pada diri".

   Muiz tersentak.Dia tertunduk malu dan menyedari setiap nikmat yang Allah kurniakan pada seorang hambanya perlu digunakan pada jalan yang betul.Dia pun berkata."Maafkan saya,wahai sahabat.Saya berjanji akan menjaga kamu hingga ke akhir hayat".

- Aminatul Ahmad

Wallahu'alam....

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Aminatul Ahmad Copyright © 2012 Design by Antonia Sundrani Vinte e poucos