Ahad, 26 Ogos 2012

Di Sebalik Seketul Batu

Dicatat oleh Aminatul Ahmad di 9:50 PG
Seorang raja yang berhasrat ingin menguji hati budi rakyatnya

Lalu,beliau memerintahkan seorang pembantu meletakkan seketul batu besar di tengah-tengah jalan utama memasuki kota.

Batu itu betul-betul terletak di tengah jalan.Para penguna yang melalui jalan tersebut akan tergangu laluan mereka.

Menteri kebajikan melalui jalan tersebut dengan kereta kudanya.Dalam hatinya dia menyalahkan Menteri Pengankutan kerana tidak menjalankan tugas sebaiknya.


Seorang penjalan kaki melalui jalan itu. Dia memandang batu besar itu sambil merungut-rungut.

Satu Khalifah yang membawa barang dagangan melalui melalui jalan itu.Ketua khalifah berusaha melencongkan laluan khalifah bagi mengelakkan daripada batu tersebut.

Seorang petani yang sedang menjunjung hasil sayur-sayuran melalui jalan tersebut.Akhirnya petani berhanti dan meletakkan raganya yang sarat dengan sayur itu untuk mengalihkan batu besar itu.

Agak susah hendak mengalihkannya.Tambahan pula cuaca terik matahari kian meninggi.Petani itu terus berusaha mengalihkan batu yang berat itu.Dengan segala kudrat yang dia ada, batu itu beralih sedikit. Dia semakin bersemangat dan terus berusaha sehingga batu itu tidak lagi menghalang laluan.

Tetapi ada sesuatu yang pelik dijumpai petani itu. Ada sesuatu yang tersembunyi di bawah batu itu. Petani itu membonkok dan mengambil uncang berserta sekeping nota: "Duit emas didalam uncang ini milik kamu!".


- Aminatul Ahmad

Wallahu'alam....

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Aminatul Ahmad Copyright © 2012 Design by Antonia Sundrani Vinte e poucos