Di Kampung Damai tinggal sepasang suami isteri. Si suami bernama Nawaz dan si isteri bernama Sufiah.
Sufiah seorang isteri yang taat menjalankan perintah tuhan. Manakala suaminya pula sering meng habiskan masa dengan berlaga ayam.seringkali dia menasihati suaminya supaya berubah namun tidak berkesan.Sufiah menasihati menasihati suaminya dengan penuh kelembutan.Katanya"Wahai suamiku yang tercinta.Alangkah baiknya kamu meninggalkan perbuatan yang sia-sia itu.Semoga kamu beroleh kesejahteraan sentiasa".
Nawaz yang mendengar nasihat isterinya itu hanya mencebik.Dia berkata,"Saya tahu apa yang saya lakukan.Kamu uruskan sahaja hal rumah tangga.Jangan menyibuk!".
Sufiah hanya mendiamkan diri.Dia sentiasa tersenyum walaupun seringkali dimarahi oleh suaminya.
Sufiah juga seorang yang suka membaca bismillah sebelum memulakan pekerjaan.Sememangnya itu adalah amalan Sufiah setiap hari.Ucapnya,"Bismillahirrahmanirrahim".
Nawaz yang sering mendengar ucapan Bismillah itu berasa bosan.Nwaz berkata"tiada ucapan lainkah?Asyik ucapan yang sama.Bukannya mendapat kekayaan dengan ucapan itu!Huh!".Pada suatu hari, Nawaz mahu memberikan pengajaran kepada isterinya itu supaya isterinya brhenti daripada mengucapkan kalimah Bismillah.
Pada hari berikutnya,Nawaz pergi ke hutan berhampiran mencari sarang lebah.Selepas mendapatkan apa yang dihajati,sarang lebah itu diletakkan di dalam sebuah karung lalu dibawa pulang.Sampai dirumah,Nawaz menyerahkan bungkusan yang dibawanya kepada isterinya.Dia berkata"Di dalamnya ada yang sangat berharga.Ia adalah hadiah untuk adinda,Tetapi...Ia hanya boleh dibuka pada waktu malam".
Sufiah yang taat itu pun melakukan apa yang diperintahkan.Apabila malam menjelang,Nawaz bersiap-siap untuk keluar.Sebelum keluar,dia sempat berpesan kepada isterinya.
"Isteriku,jangan lupa buka bungkusan yang saya berikan.Ia khas untuk kamu," pesan Nawaz.
Sufiah tersenyum.Dia menjawab,"insya-allah.Kamu mahu ke mana?".
"Er...saya ada hal sedikit.Bungkusan itu untuk kamu.Jadi,kamu sahaja yang membukanya.Jangan tunggu saya pulang".
Sebelum pergi Nawaz berpura-pura mengigatkan isterinya.Katanya"Jangan lupa baca bismillah sebelum membukanya".
Sebenarnya,Nawaz bersenbunyi di belakang rumah.Dia berbisik sendirian,"Selepas ini,pasti kamu berhenti mengucapkan Bismillah!".
Sufiah mengambil bungkusan bungkusan yang diberikan oleh suaminya.Lalu dia membaca kalimah Bismillah,Ucapnya"bismillahirrahmanirrahim".
Selepas membacanya,maka bunkusan itu dibuka.Alangkah terkejutnya Sufiah lalu menjerit,"Ya Allah!Emas!Benarkah apa yang saya lihat ini?".
Sufiah terus menadah tangan.Katanya,"Ya Allah!Alhamdullilah!Aku bersyukur atas segala nikmatmu ini".
Nawaz yang melihat kejadian itu merasa insaf dan mengakui akan kebesaran Tuhan.Katanya,"Ya Allah!Besarnya sungguh kekuasaanmu!Ampunkan hambamu ini!".
Nawaz mendapatkan isterinya lalu menceritakan segala yang dirancangkannya.Nawaz berkata,"Maafkan saya.Selama ini saya banyak melakukan dosa terhadap kamu".
Sufiah memaafkan segal kesalahan suaminya.Semenjak itu mereka hidup dengan bahagia.
Wallahu'alam....
0 ulasan:
Catat Ulasan