Ana memiliki personaliti yang berkejaya dan berjaya.Dia tinggal di rumah besar bersama suami,seorang anak lelaki bernama Lukman dan juga ibunya yang sudah tua.
Ana mementingkan kerjaya dan dia juga sering bergaul dengan orang yang setaraf dengannya sahaja.Ini berbeza dengan sikap sikap suami dan anak lelakinya yang lebih suka hidup sederhana dan sering membantu mereka yang berada dalam kesusahan.
Ana juga sering bersikap kasar terhadap ibunya.Dia sering menenking dan meminta ibunya melakukan kerja rumah seperti mencuci baju,mengosok pakaian,dan sebagainya.
Suaminya sering menegur Ana kerana perbuatan itu tidak baik di sisi agama.Namun teguran itu membuatkan mereka sering bertengkar.
Luqman sedih melihat sikap ibunya kepada neneknya itu.Apabila perkara itu diceritakan kepada neneknya,neneknya menasihatinya.Katanya,"Luqman perlu sentiasa menghormati ibu kerana syurga di bawah telapak kaki ibu".
Suatu petang,sedang Luqman minum bersama kedua ibu bapanya,dia melihat neneknya sedang terbongkok-bongkok menyapu halaman rumah.
luqman kasihan lalu bangun mahu membantu neneknya.Namun,hasratnya ditegah oleh ibunya.Ibunya berkata,"biarkan nenek buat sendiri!".
Suatu malam,selapas Luqman sembahyang Isyak,dia berdoa mmohon kepada Allah supaya ibunya diberikan kesedaran.Pada esok paginya,seperti biasa Luqman bersarapan bersama kedu ibu bapanya.Luqman memulakan cerita pagi itu.Dia berkata,"Saya mahu menjadi seorang yang berjaya seperti ibu".
Ibunya gembira dan menjelaskan,"Kerjaya itu penting kerana hanya orang yang berjaya sahaja yang dihormati".
Kemudian Luqman menjelaskan lagi,:Saya akan mempunyai rumah yang besar dan segala kerja rumah saya tidak akan melakukan".
Ibunya tersenyum dan berkata,"Sekiranya banyak duit kamu boleh mencari pembantu bagi menguruskan segala kerja rumah".
Luqman menjawab,"Saya tidak perlu mencari pembantu kerana ibu yang akan melalukan semua kerja untuk saya.Bukankah sekarang nenek buat semua itu untuk ibu?".
Ana terkejut mendengar jawapan anaknya itu memandang tepat ke arah Luqman.Ana terkedu dan mula menyedari selama ini dia langsung tidak menghormati ibunya sendiri.Serta-merta Ana bangun dan terus memeluk ibunya dan meminta ampun.
Ibunya turut menangis melihat anaknya kini menyedari perbuatannya yang salah selama ini.Luqman dan bapanya bersyukur kerana Ana sudah insaf dan kembali ke pangkal jalan.
Luqman pun turut meminta ampun kepada ibunya.Kata-katanya itu hanya sekadar memberi kesedaran kepada ibunya supaya menghormati neneknya.Wanita itu melahirkan ibunya dan seeloknya dia dilayan dengan sebaik mungkin.
Semenjak itu,mereka hidup bahagia dan menjadi sebuah keluarga yang taat menjalankan perintah Allah.Ana bersyukur kerana diberi kesedaran oleh anaknya dan terhindar dari kemurkaan Allah kerana reda Allah adalah bermula daripada keredaan ibu.
- Aminatul Ahmad
Wallahu'alam....
0 ulasan:
Catat Ulasan