Sabtu, 11 Ogos 2012

Jenazah Berwarna Hitam

Dicatat oleh Aminatul Ahmad di 12:54 PG

Kadir adalah anak muda yang hidup dengan bekerja sebagai pemerah susu lembu di Kampung Jati.Dia tinggal bersama ayahnya yang sudah tua.Peduduk kampung mengenali peribadi Kadir yang taat kepada orang tuanya walaupun ayahnya seorang yang sering melanggar perintah agama.

Apabila Kadir mendapat hasil daripada pekerjaan yang dilalukannya,ayahnya menggunakan hasil itu bagi bagi pergi berjudi dan sering lalai menunaikan solat.


Walaupun begitu,Kadir tetap menghormati ayahnya dan tidak pernah sekalipun dia meninggikan suara kepada ayahnya.

Suatu petang,selepas Kadir menunaikan solat asar,dia mendengar ayahnya mengaduh kesakitan.Ayahnya bersuara dengan semakin kuat,"Aduh!Sakitnya!Sakitnya!Tolong!".

Ayahnya mengadu berasa sesak nafas.Suaranya tersekat-sekat,"Sss...sssakitnya dada ini.Aduh!".

Kadir mengurut-ngurut dada ayahnya.Dengan kuasa Allah,ayahnya pergi menhadap tuhan.

Kadir reda atas ketentuan Tuhan apabila tiba-tiba mayat ayahnya menjadi hitam seperti hangus terbakar.Kadir beristighfar,"Astaghfirullah!Ya Allah...tabahkanlah hati hambamu ini bagi menhadapi ujian darimu.".

Selepas berdoa,Kadir menutup seluruh tubuh ayahnya dan terus memanggil jiran-jirannya bagi menyempurnakan jenazah ayahnya.Namun,sebelum Kadir melangkah pergi,dia bimbang sekiranya orang ramai membuat andaian buruk apabila melihat jenazah ayahnya kelak.

Kadir memohon kepada tuhan supaya dia dipermudahkan segalan urusan.Kadir sekali lagi berdoa,"Ya Allah!Engkau permudahkanlah segala urusan hambamu ini".

Kemudian Kadir meminta pertolongan jiran-jiran bagi menguruskan jenazah ayahnya.

Namun masing-masing memberi alasan tidak mahu membantu.Sewaktu Kadir menuju ke masjid,dia bertemu dengan seorang guru agama yang dikenalinya sebagai Ustaz Mahadi.

Kadir pun berkata kepada Ustaz Mahadi."Saya harap Ustaz dapat membantu saya menguruskan jenazah ayah saya.Tiada siapa pun yang mahu membantu saya".

Ustaz Mahadi pun bersetuju untuk memandikan jenazah ayah Kadir.Ustaz Mahadi berkata,"mari kita uruskan jenazah ini.Tidak baik melambatkan urusan pengebumiannya".

Apabila melihat keadaan mayat,Ustaz Mahadi pun bertanya apa yang dilalukan oleh ayahnnya semasa hidupnya sehingga mayatnya semedikian rupa.

Kadir berkata dengan sayu,"Saya minta maaf.Saya sesekali tidak akan menceritakan keaiban sesiapa malah keaiban ayah juga.Saya hanya hamba yang lemah tidak layak menjatuhkan hukuman ke atas sesama manusia".

Ustaz Mahadi memuji Kadir lalu meminta Kadir berdoa kepada Allah.Katanya,"Kamu berdoa kepada Allah.Semoga segala kesulitan dipermudahkan oleh Allah".

Lalu Kadir pun memohon kepada Allah dengan penuh khusyuk dan rendah diri supaya dosa ayahnya diampunkan serta dipermudahkan segala urusan pengebumian.Selesai berdoa,dengan takdir Ilahi,mayat ayahnya menjadi seperti biasa dan tidak hitam lagi.Kadir memanjatkan ksyukuran kerana dia pasti tuhan memakbulkan doanya.

Tidak lama kemudian imam serta penduduk kampung datang bersama-sama menguruskan jenazah.Ustaz Mahadi yakin,apa yang berlaku di hadapan matanya adalah kesan daripada doa seorang anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan untuk orang tuanya

- Aminatul Ahmad

Wallahu'alam....


0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Aminatul Ahmad Copyright © 2012 Design by Antonia Sundrani Vinte e poucos